Gambar Surau As-Syakirin

Gambar Surau As-Syakirin

Ucapan Pengerusi

`Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani’

Assalamu 'alaikum Muslimin dan Muslimat.

Terima kasih kerana sudi melayari laman web Surau As-Syakirin.

Makluman

MAKLUMAN...

- Bayaran bagi penyertaan Badan Khairat Kematian Kariah Dengkil boleh di hulurkan kepada Ustaz Mohd. Azahar bin Mohammad selaku wakil Masjid Jame'atus Solehah, Dengkil di Taman Ambar sejumlah RM24.00 bagi tahun 2013M/1434H bagi melayakan menerima kemudahan yang disediakan.

- Kepada semua peserta Ibadah Qurban bagi 1434H/2013M, ansuran bulanan sebanyak RM40 boleh di bayar kepada Bendahari iaitu Encik Jalaludin bin Mahadi (No.75 Jalan Ambar 5), resit disertakan. Penyertaan baru masih di buka sehingga diberitahu kelak.

Monday, August 1, 2011

Program Ihya' Ramadhan

* AlhamduLillah, ini adalah kali pertama penduduk kariah Taman Ambar dan penduduk sekitar dapat bersolat, bertarawih dan lain-lain dengan siapnya Surau As-Syakirin pada tahun ini.
Kami bersyukur kepada Mu Ya Allah.

- Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau As-Syakirin telah menyelaras beberapa program/ibadah yang dinamakan Program Ihya’ Ramadhan 1432H seperti di bawah sepanjang Ramadhan 1432H :

Anjuran Jawatankuasa Surau As-Syakirin :

i) Moreh;

ii) Solat Tarawih Berjamaah;

iii) Tilawatilquran (Tadarrus);

iv) Majlis Khatam Al-Quran;

v) Majlis Berbuka Puasa;

vi) Takbir Raya.

Penyertaan di buka kepada semua :

vii) Tahlil Arwah;

viii) Program Tajaan Berbuka Puasa,

ix) Program Tajaan Moreh.

Sumbangan ikhlas dan penyertaan semua didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga kita mendapat keberkatan serta rahmat dari Ilahi.


(*Disusuli Gambar)
















No comments:

Post a Comment